Pelanggan pusat hiburan langgar SOP dikompaun - Utusan Malaysia

Pelanggan pusat hiburan langgar SOP dikompaun

SEBAHAGIAN daripada kumpulan peniaga yang ditahan di sebuah pusat hiburan kerana melanggar SOP ketika PKP di Pekan Lama, Sungai Petani malam semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Kegembiraan sekumpulan pelanggan meraikan pembukaan sebuah pusat hiburan di Pekan Lama di sini mengundang padah apabila mereka dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, sepasukan pegawai dan anggotanya melalui Ops Covid 19 PKP, melakukan serbuan di premis terbabit pada pukul 11.30 malam.

Katanya, dalam serbuan itu, seramai sembilan lelaki dan 10 wanita berumur antara 20 hingga 39 tahun didapati berkumpul beramai-ramai di meja makan dan minum minuman keras tanpa penjarakan sosial.

“Kesemua mereka dikenakan kompaun RM1,000 kerana melanggar SOP yang ditetapkan kerajaan mengikut Perkara 10, Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) (No.2) 2021 kerana berhibur di pusat hiburan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Adzli, seorang wanita berusia 23 tahun yang merupakan pemilik pusat hiburan itu turut ditahan dan dikenakan kompaun kerana didapati menjalankan operasi perniagaan tersebut walaupun tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKP berlangsung.

“Siasatan turut mendapati pemilik pusat hiburan ini beroperasi lebih masa, tidak menyediakan alat pemeriksaan suhu dan gagal menyediakan buku pendaftaran pelanggan.

“Pemilik premis itu dikenakan kompaun mengikut perkara 15, PPDPPB (No.2) 2021,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya