Pelanggan masih takut-takut makan di kedai - Utusan Malaysia

Pelanggan masih takut-takut makan di kedai

Seorang pelanggan membeli makanan secara bungkus walaupun kerajaan membenarkan pelanggan makan di kedai semasa PKP ketika tinjauan di Teluk Intan, semalam. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Pelanggan didapati masih takut-takut untuk makan di premis pada hari pertama kerajaan bersetuju membenarkan mereka makan di kedai semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tinjauan di premis makan di bandar ini mendapati tidak ramai yang makan di kedai sebaliknya lebih memilih untuk membuat pembelian secara bungkus, dipercayai bimbang disebabkan kes jangkitan Covid-19 yang masih tinggi.

Seorang pengusaha makanan, Madiha Ahmad, 43, yang mengusahakan jualan soto di Jalan Padang Tembak di sini berkata, tidak ramai yang makan di kedainya walaupun kebenaran sudah diberikan kerajaan.

Menurutnya, jika ada yang makan di premisnya, hanya segelintir, itu pun mereka yang mungkin tidak sempat membuat pembelian secara bungkus.

“Alhamdulillah, kerajaan sudah membenarkan pelanggan makan di premis tapi nampaknya pada hari pertama, tak ramai yang makan di premis, mungkin sebab masih terlalu awal atau mungkin juga sebab masih tidak ramai yang tidak keluar rumah.

“Masih ramai yang tetap membeli secara bungkus seperti sebelum ini. Apa pun saya bersyukur kerana saya masih boleh berniaga ketika tempoh PKP ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Sementara itu, seorang pelanggan di kedai tersebut, Safie Said, 53, berkata, dia tetap membeli makanan secara bungkus walaupun pelanggan dibenarkan makan di premis.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN