Pekerja terselamat kilang terbakar - Utusan Malaysia

Pekerja terselamat kilang terbakar

ANGGOTA bomba memadam api kebakaran di sebuah tempat penyimpanan kilang bahan mentah di Batu Arang, Selangor hari ini-UTUSAN/MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Tiga pekerja di sebuah kilang bahan mentah berdepan detik cemas apabila tempat penyimpanannya terbakar dalam satu kejadian di kawasan perindustrian Kota Puteri petang ini.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 petang itu, kesemua pekerja kilang menyimpan bahan yang diperbuat daripada getah itu sempat menyelamatkan diri.

Ketua Bomba dan Penyelamat Batu Arang, Sharin Jasmi berkata, pekerja terbabit menyedari kebakaran setelah melihat kepulan asap tebal di luar kilang.

“Bomba menerima panggilan berhubung kes pada pukul 3.25 petang dan tiba di tempat kejadian 16 minit kemudian.

“Seramai 14 anggota dan pegawai daripada balai bomba dan penyelamat Bestari Jaya dan Kuala Selangor dikejarkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja pemadaman,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, pihaknya berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan kilang yang terletak kira-kira 15 meter daripada lokasi kebakaran.

Tambahnya, pihaknya sedang menyiasat punca kejadian dan menyiasat kerugian kebakaran tersebut.

“Bagaimanapun, tiada seorang pekerja kilang terbabit yang tercedera dalam insiden berkenaan dan operasi memadamkan kebakaran tamat sepenuhnya pada pukul 5 petang,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya