Pekerja kilang maut motosikal terbabas ke dalam longkang - Utusan Malaysia

Pekerja kilang maut motosikal terbabas ke dalam longkang

AZHAR HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Pekerja kilang maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas dalam kemalangan di laluan motosikal di Kilometer 18. 5 Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Azhar Hashim berkata, Balai Trafik Kulim menerima maklumat berhubung kejadian daripada orang awam kira-kira pukul 7.50 pagi.

Katanya, anggota polis kemudian bergegas ke tempat kejadian dan menemui seorang lelaki, G. Sanker, 46, yang telah meninggal dunia bersama motosikal jenis Honda RS150R di dalam longkang bersebelahan lorong motosikal.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa yang datang dari arah Butterworth menghala Kulim hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar besi penghadang jalan.

“Mangsa kemudian tercampak ke dalam longkang di sebelah kiri lebuh raya dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah kepala, kaki kanan dan perut,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya