Pegawai perancang bandar dan desa didakwa rasuah - Utusan Malaysia

Pegawai perancang bandar dan desa didakwa rasuah

ZARIMAN Ibrahim, 41, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini atas pertuduhan rasuah bernilai RM4,500 pada 2018.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pegawai perancang bandar dan desa di Majlis Daerah Besut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima rasuah bernilai RM4,500, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Zariman Ibrahim, 41, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dazuki Ali.

Mengikut pertuduhan, Zariman didakwa menerima suapan tersebut melalui akuan bank miliknya daripada seorang lelaki yang mempunyai hubungan dengan kerja rasminya.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu pada 4 September 2018 di Besut.

Penjawat awam gred 41 itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Farah Yasmin Salleh manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 9 Mac depan untuk sebutan semula kes dan tertuduh dibenar ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin di samping melapor diri ke pejabat SPRM setiap bulan selain menyerahkan pasport antarabangsa.  -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN