PdPR bantu murid khas SK Sungai Bakau - Utusan Malaysia

PdPR bantu murid khas SK Sungai Bakau

SUHAIMI Abdul Hamid (dua dari kiri) dan Zulkifli Ibrahim (kiri) bersama sebahagian daripada penerima bantuan dan modul PdPR dibawah PPKI dalam satu program bersama anjuran pengurusan SK Sungai Bakau dan pemimpin setempat di Sungai Acheh, Pulau Pinang hari ini. - UTUSAN/ISWAN SHAFIQ ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL: Seorang ibu tunggal mengakui hampir berputus asa setiap kali terpaksa menyuruh anaknya membuat kerja sekolah sendiri tanpa pemantauan rapi.

Nadterah Abu Bakar, 36, berkata, anaknya, Hilma Najihah Abdul Halim, 14, menghadapi masalah pembelajaran hingga sukar menumpukan perhatian terhadap pelajaran.

“Alhamdulillah, dengan adanya modul khas PdPR (pengajaran dan pembelajaran di rumah) yang diberikan pihak sekolah, saya harap dia akan lebih fokus demi masa depannya,” katanya yang bekerja sebagai peniaga pakaian secara kecil-kecilan itu.

Nadterah ditemui ketika menerima kunjungan rombongan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Bakau bersama beberapa pemimpin setempat dalam program khas Ziarah Cakna Kasih Sayangi Anakku di Sungai Acheh di sini hari ini.

Selain Hilma Najihah, seramai 27 lagi murid berkeperluan khas termasuk yang menghadapi masalah autisme, Sindrom Down, Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) dan disleksia daripada sekolah yang sama turut disantuni dalam program yang dijalankan di sekitar kawasan berkenaan.

Turut serta dalam program itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Acheh, Zulkifli Ibrahim; Pengerusi Persatuan Pemulihan dalam Komuniti Harmoni (PPDKH) negeri, Datuk Mohd. Foad Mat Isa dan Guru Besar SK Sungai Bakau, Suhaimi Abdul Hamid.

Selain menyerahkan modul PdPR di bawah program pendidikan khas integrasi (PPKI), setiap murid berkenaan turut menerima wang tunai serta barang keperluan harian lain. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya