Pastor OKU Korea mengaku tidak bersalah cabul kehormatan lelaki - Utusan Malaysia

Pastor OKU Korea mengaku tidak bersalah cabul kehormatan lelaki

JEE Jon Hoon, 55, dituduh dengan perbuatan mencabul termasuk menyentuh kemaluan, memeluk dan mencium pipi dan bibir mangsa yang berumur 30 tahun ketika kejadian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN:  Pastor orang kurang upaya (OKU) bisu dan pekak mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mencabul kehormatan lelaki pada 20 tahun lalu di Mahkamah Majistret di sini hari ini. 

Jee Jon Hoon, 55, dituduh dengan perbuatan mencabul termasuk menyentuh kemaluan, memeluk dan mencium pipi dan bibir mangsa yang berumur 30 tahun ketika kejadian. 

Tertuduh yang merupakan warga Korea Selatan didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah beralamat Lorong Delima 3, Gelugor 11700 daerah Timur Laut pada tahun 2000. 

Tertuduh yang dibantu oleh jurubahasa isyarat antarabangsa membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Rosnee Mohd Ridzuan. 

Mahkamah kemudian menetapkan 15 Mac ini untuk serahan dokumen. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Azlin Zeti Zainal Abidin manakala tertuduh diwakili peguam Sobini Kobu. 

Pada Januari lalu, mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM6,000 kepada tertuduh dengan dua penjamin warganegara Malaysia. 

Mahkamah turut menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis terdekat setiap bulan dan tidak dibenarkan menganggu mangsa. 

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana  dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan. 

Pada 18 Disember lalu, tertuduh turut menghadapi dua pertuduhan mencabul kehormatan dua lelaki pada 2013 dan 2017 di Mahkamah Majistret Butterworth dekat sini. 

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap dua lelaki yang kini berusia 28 dan 27 tahun dengan niat mencabul kehormatan. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya