Nur Ain Fatihah selamat, ada di Kota Bharu - Utusan Malaysia

Nur Ain Fatihah selamat, ada di Kota Bharu

NUR AIN FATIHAH MOHD ASMAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Nur Ain Fatihah Mohd. Asmawi, 16, yang hilang selepas keluar ke rumah rakan di Kampung Lata Rek, di sini untuk mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pada 5 Januari lalu akhirnya menghubungi keluarganya baru-baru ini.

Ibunya, Suhaila Ghazali yang tinggal di Kuala Lumpur memberitahu, dia menerima panggilan daripada anak perempuannya itu kira-kira pukul 6 petang, Jumaat lalu.

“Saya sangat gembira semasa mendapat panggilannya, dia kata dia dalam keadaan selamat dan sedang menumpang di rumah seorang rakan di Kota Bharu.

“Dia minta saya untuk tidak risau kerana dia dalam keadaan baik dan memberitahu akan balik suatu hari nanti,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ujar Suhaila, selepas mendapat panggilan itu mereka sering berhubung melalui aplikasi Whatsapp dan dia cuba memujuk anaknya untuk balik dan setakat ini, Nur Ain Fatihah enggan memberitahu punca sebenar dia meninggalkan rumah.

“Buat masa ini, dia masih tidak mahu balik atau berkongsi alasan dia tidak balik ke rumah, tapi saya tetap lega dia selamat,” katanya.

Katanya, perkembangan terbaharu itu juga telah dimaklumkan kepada bekas suaminya, Muhammad Asmawi Ismail yang masih berada di Kelantan untuk mencari gadis itu.

Sementara itu, Muhammad Asmawi berkata, dia lega dengan berita diterima dan berharap agar anaknya segera balik ke pangkuan keluarga.

“Kami semua rindukan Nur Ain Fatihah, terutama datuk dan nenek yang menjaganya sejak kecil selepas saya bercerai dengan isteri,” katanya- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya