Musim angin timur 'pesta' terbangkan layang-layang - Utusan Malaysia

Musim angin timur ‘pesta’ terbangkan layang-layang

MONSUN Barat Daya menyebabkan tiupan angin utama dari arah barat daya dan secara amnya Malaysia mengalami kurang hujan, khususnya di Semenanjung dan Sarawak selain boleh mengakibatkan jerebu jika berlaku pembakaran terbuka tidak terkawal
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Suasana di kampung-kampung sekitar negeri ini kembali meriah apabila penduduk serta kanak-kanak mengambil kesempatan cuaca panas serta kering sempena musim angin timur dengan menerbangkan layang-layang.

Malah, ruang lapang di kawasan bendang khususnya selepas musim menuai ketika ini menjadi antara lokasi terbaik layang-layang diterbangkan.

Seorang penduduk dari Kampung Lama, Guar Sanji, Norsham Kamis, 36, berkata, musim panas disertai tiupan angin kencang waktu paling sesuai untuk bermain layang-layang.

Katanya, dia mengambil peluang musim angin timur bagi membawa anak-anak berusia lima dan tiga tahun bermain di kawasan sawah bendang berhampiran rumah.

“Cuaca panas dan tiupan angin khususnya pada sebelah petang ibarat ‘pesta’ bagi penduduk dan kanak-kanak. Musim angin timur setiap tahun antara dinanti bagi mereka yang ingin bermain layang-layang.

“Saya selalu membawa anak-anak diikuti kanak-kanak lain bersama-sama bermain pada waktu petang kerana cuaca agak redup dan keadaan angin juga sangat sesuai untuk menerbangkan permainan itu.

“Melihat layang-layang terbang tinggi membuatkan kami cukup puas selain dapat menikmati suasana nyaman tiupan angin timur ketika ini,” katanya ketika Utusan Malaysia ditemui di sini semalam.

Tambahnya, pada musim ini, layang-layang juga banyak dijual termasuk di kedai-kedai runcit dengan harga di bawah RM10 mengikut jenis dan saiz.

Sementara itu Mohd. Adha Nor Irwan,12, berkata, setiap tahun apabila tiba musim angin timur dia tidak melepaskan peluang bersama bapa dan adik-adik bermain layang-layang.

Katanya, rakan-rakan yang lain juga dilihat tidak melepaskan peluang menikmati musim angin timur dengan bermain di kawasan tempat tinggal masing-masing.

“Musim ini juga selalu ada pertunjukan dan pertandingan layang-layang dan bapa saya sering membawa kami adik-beradik menyaksikan pertunjukan tersebut,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya