Mohon bantuan makanan MY TGT Food Bank - Utusan Malaysia

Mohon bantuan makanan MY TGT Food Bank

BANK makanan atau MY TGT Food Bank yang dibuka di Masjid Tuan Guru dan Masjid Karwa, Tanjong Tokong, Pulau Pinang bertujuan memudahkan penyaluran bantuan kepada golongan yang benar-benar memerlukan bantuan makanan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Ahli Jawatankuasa (AJK) Kariah Masjid Tuan Guru, Tanjong Tokong dekat sini mengambil inisiatif menubuhkan bank makanan bagi memudahkan penyaluran bantuan kepada mereka yang benar-benar memerlukan bantuan makanan.

Ini selepas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bermula tahun lalu, mereka kerap menerima panggilan telefon memohon bantuan akibat terputus bekalan makanan.

Bank makanan itu ditubuhkan di Masjid Tuan Guru dan Masjid Karwa di sini.

Pengerusi Biro Belia dan Multimedia Masjid Tuan Guru, Mohd. Firdaus Nawawi berkata, bank makanan itu atau lebih dikenali sebagai MY TGT Food Bank ditubuhkan sejak tiga bulan lalu bagi memudahkan orang ramai yang terputus bekalan makanan mengambil keperluan mereka di situ.

“Bagaimanapun kami dapati ada yang masih malu untuk mengambil bekalan makanan yang disediakan di MY TGT Food Bank.

“Bagi mereka yang benar-benar memerlukan, jangan malu-malu untuk berhubung dengan penyelaras MY TGT Food Bank di talian 017-4681208 atau 014-7413748 bagi mendapatkan makanan yang diperlukan,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd. Firdaus, pelbagai makanan asas seperti roti, gula, beras, sardin dan sebagainya diletakkan di dalam peti khas MY TGT Food Bank itu yang diletakkan di pekarangan Masjid Tuan Guru. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya