Mesyuarat Khas ASEAN perlu bincang isu Myanmar - Utusan Malaysia

Mesyuarat Khas ASEAN perlu bincang isu Myanmar

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia dan Indonesia memandang serius keadaan politik semasa di Myanmar yang disifatkan satu langkah ke belakang dalam proses demokrasi di negara tersebut.

Dalam pertemuan kedua-dua pemimpin negara di Jakarta, Indonesia, hari ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pergolakan politik di Myanmar dikhuatiri boleh menjejaskan keamanan dan kestabilan di rantau ini.

Sehubungan itu, Perdana Menteri bersetuju dengan cadangan supaya Menteri Luar kedua dua negara diberi mandat untuk mencari kesepakatan supaya satu mesyuarat khas ASEAN diadakan bagi membincangkan perkara ini dengan lebih mendalam.

Muhyiddin berkata demikian dalam sidang akhbar bersama dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo di Istana Merdeka, Jakarta Pusat, hari ini.

Pertemuan itu sempena lawatan sulung Muhyiddin sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 ke republik itu kerana mendapat jemputan khas daripada Joko Widodo atas dasar menghormati negara berkenaan sebagai rakan negara serumpun yang telah menjalin persahabatan akrab selama berpuluh tahun.

Situasi politik di Myanmar berlaku apabila rampasan kuasa terhadap kerajaan yang dipimpin Parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD), selepas tentera Myanmar menahan Pengerusi NLD, Aung San Suu Kyi, Presiden Win Myint dan beberapa pemimpin politik lain.

Selain itu, tentera Myanmar turut mengisytiharkan darurat selama setahun. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN