Mercun, arak, rokok seludup RM733,434 dirampas - Utusan Malaysia

Mercun, arak, rokok seludup RM733,434 dirampas

DIMIN Awang (kiri) menunjukkan mercun yang dirampas dalam dua serbuan berasingan di Kampung Dato Abdul Rahman Yassin, Kluang, Johor. - UTUSAN/MOHAMAD FAHD RAHMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas sejumlah mercun, arak dan rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM733,434 dalam dua serbuan berasingan di sini semalam.

Dalam serbuan bermula pukul 4.50 petang itu, dua lelaki tempatan berusia 49 dan 35 tahun ditahan di sebuah rumah sewa di Jalan Nipah dan Jalan Ara Kampung Dato Abdul Rahman Yassin dekat sini.

Menurut Pegawai Pemerintah Batalion 5, Superintenden Dimin Awang berkata, barangan dipercayai diseludup dari negara jiran untuk pasaran di daerah ini dan Johor Bahru itu merupakan rampasan yang terbesar pada tahun ini.

“Sepasukan polis dari Batalion 5 PGA menahan dua lelaki dan merampas 547 kotak mengandungi mercun pelbagai jenis, 556 karton rokok dan 81 karton arak pelbagai jenama yang tiada cukai kastam.

“Anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM733,434 termasuk wang tunai dan sebuah kereta jenis Perodua Alza. Tangkapan dan kesemua barang rampasan berkenaan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang untuk tindakan lanjut,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207) dan Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967.

“Kita menyeru kepada orang awam untuk terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi mengekang lambakan barangan kontraban,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya