Menteri Besar beri semangat kepada calon SPM - Utusan Malaysia

Menteri Besar beri semangat kepada calon SPM

HASNI Mohammad (kanan) berbual bersama Nor Farziana Najwa Fauzi ketika berkunjung ke rumah calon SPM itu di Kampung Parit Wahab, Benut di Pontian, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Tiga calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada minggu depan menerima kejutan dengan kehadiran Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad ke rumah masing-masing di sekitar Benut, hari ini.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Benut, Iskandar Iz’aan M. Yazid, 18, berkata, dia berazam untuk mencapai keputusan terbaik pada peperiksaan SPM nanti walaupun mengakui cabaran belajar ketika Covid-19 seperti calon-calon yang lain.

Menurutnya, semua calon SPM kini bertungkus-lumus membuat persiapan terakhir bagi memenuhi impian keluarga masing-masing selain harapan pihak sekolah yang inginkan pelajar-pelajarnya berjaya.

“Alhamdulillah persiapan kini telah mencapai tahap 100 peratus dan hanya perlu diiringi dengan doa dan solat hajat sahaja sebagai pelengkap usaha,” katanya ketika ditemui di Kampung Parit Jamal, Benut, di sini, hari ini.

Sementara itu, Nor Farziana Najwa Fauzi, 18, berkata, dia merasa bertuah kerana terpilih menerima kunjungan daripada Menteri Besar ke atas calon-calon peperiksaan SPM pada Isnin ini.

Kata anak kedua daripada enam beradik itu, persiapan bagi menghadapi peperiksaan sedang giat dilakukan dengan bantuan nota-nota dan bahan pembelajaran yang lain setelah kelas bersemuka dengan guru telah berakhir pada 8 Februari lalu.

“Tetapi, persiapan sedikit terjejas dengan gangguan capaian internet yang kurang baik di rumah untuk mengikuti kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi menggantikan kelas di sekolah.

“Saya akan mengambil sembilan mata pelajaran seperti bahasa Melayu, Geografi, Reka Cipta, Pendidikan Seni, Sejarah, bahasa Inggeris, Matematik dan Sains,” katanya yang turut bersekolah di SMK Benut.

Seorang lagi pelajar sekolah itu, Sementara itu, Lim Sze Yang, 18, turut melahirkan rasa terharu apabila Hasni datang melawat rumahnya dan bertemu keluarganya.

“Kata-kata semangat yang diberi oleh Menteri Besar akan menjadi pembakar semangat untuk berhadapan peperiksaan yang dianggap penting demi masa depan saya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya