Mencari pengganti ‘Raja Gelek’ - Utusan Malaysia

Mencari pengganti ‘Raja Gelek’

M. DAUD Kilau (tengah) mengadakan perbincangan mengenai program ‘Pencarian Bintang M. Daud Kilau’ dengan wakil Majlis Kebudayaan Perak di Bagan Datuk semalam. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK: Majlis Kebudayaan Perak akan menganjurkan program ‘Pencarian Bintang M. Daud Kilau’, pertandingan nyanyian bagi mencari ‘Raja Gelek’ menggantikan penyanyi veteran itu.

Naib Yang Dipertua 1, Majlis Kebudayaan Perak, Azmi Ismail berkata, pertandingan itu yang dijadual Mac ini mendapat restu dan kerjasama Datuk M. Daud Kilau sebagai salah seorang ahli panel pengadil pertandingan.

Menurutnya, pertandingan terbuka kepada peminat penyanyi itu yang berusia 12 hingga 60 tahun dari seluruh negara yang bercita-cita mahu menggantikan tempat Daud Kilau sebagai ‘Raja Gelek’.

“Kita jangka 500 orang akan menyertai program ini yang terbuka kepada peserta lelaki sahaja berusia 12 hingga 60 tahun dan kita akan pilih tiga peserta terbaik dari setiap negeri. Mereka akan
disaring untuk ke peringkat separuh akhir dan pada final nanti, setiap negeri akan ada seorang wakil, iaitu 14 peserta akan dipilih ke pertandingan akhir,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau ditemui selepas mengadakan perbincangan dengan Daud Kilau di rumah penyanyi veteran itu di sini.

Azmi berkata, hadiah lumayan dalam bentuk wang tunai, trofi, hamper dan pelbagai barangan lain disediakan kepada pemenang dalam pertandingan yang dijangka berlangsung sehingga Jun ini.

“Daud Kilau merupakan satusatunya Raja Gelek, unik dalam nyanyian dan tarian selama 50 tahun namun kini beliau sudah uzur.

“Program ini mahu mengembalikan kegemilangan Raja Gelek dan saya percaya ia akan memberikan impak kepada mereka yang berminat untuk mencuba menjadi pengganti dan meneruskan kegemilangan Raja Gelek,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN