MBI baiki jalan rosak dalam masa 24 jam - Utusan Malaysia

MBI baiki jalan rosak dalam masa 24 jam

RUMAIZI BAHARIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sebanyak 655 aduan awam diterima Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) berhubung kejadian jalan rosak di bandar ini menerusi talian aduan WhatsApp Aduan Pothole MBI yang diperkenalkan sejak bulan lalu.

Susulan aduan tersebut, sebanyak 1,955 jalan berlubang di sekitar kawasan pentadbiran MBI telah ditampal oleh petugas dan kontraktor dilantik.

Daripada jumlah tersebut, kira-kira 74 peratus kerosakan jalan berlubang ini siap dibaiki dalam masa 24 jam manakala bakinya pula dalam tempoh  48 jam.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, inisiatif berkenaan bagi memudahkan warga bandar raya ini menyalurkan aduan agar lokasi  kerosakan dapat dikenal pasti segera

Menurut beliau, ‘Aduan Pothole MBI’ ini diwujudkan demi keselamatan pengguna jalan raya bagi  mengelakkan berlakunya kemalangan yang berpunca daripada jalan berlubang.

“Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan masalah jalan berlubang antaranya projek pembangunan, korekan utiliti dan kegagalan struktur rekabentuk jalan disebabkan pertambahan jumlah trafik.

“MBI akan menghantar pasukan baik pulih dengan   kadar segera jika maklumat disalurkan adalah tepat dan penilaian juga akan dapat dikenal pasti sama ada tindakan di bawah MBI atau konsesi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Mesyuarat Penuh Majlis Bulanan Februari 2021 di Dewan Mesyuarat MBI di sini hari ini.

Mesyuarat dihadiri Ahli-Ahli Majlis MBI dan pegawai-pegawai kanan pelbagai jabatan pihak berkuasa tempatan tersebut.

Menurut Rumaizi, platform WhatsApp itu juga sebagai alternatif kepada saluran aduan sedia ada dan bersifat mesra pelanggan. 

Katanya, tindakan  pantas pasukan di  lapangan membolehkan kerja-kerja pembaikan terhadap   aduan jalan berlubang dilaksanakan dalam tempoh 24 jam.

Sementara itu, aplikasi pintar Park@Perak bagi bayaran caj tempat letak kereta dilihat menjadi pilihan kebanyakan warga bandar ini apabila penggunaannya meningkat sebanyak 50 peratus.

Menurut Rumaizi, mulai bulan ini saluran tambah nilai telah diperluaskan menerusi kad kredit Visa dan Mastercard selain melalui eWallet seperti Touch N Go, Boost, GrabPay dan Mcash.

“Penambahbaikan ini diharap dapat menggalakkan lagi penggunaan Park@Perak di seluruh negeri sejak diperkenalkan dua tahun lalu,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya