Mayat mangsa lemas dijumpai ketika azan Maghrib - Utusan Malaysia

Mayat mangsa lemas dijumpai ketika azan Maghrib

SEORANG anggota bomba melakukan bantuan CPR kepada mangsa lemas di Sungai Pendek, Kota Bharu malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Keseronokan lima sekeluarga mandi-manda di Sungai Pendek, Kampung Pengkalan Panchor, di sini berakhir tragedi apabila salah seorang daripada mereka mati lemas lewat petang ini.

Mangsa, Aina Maisarah Hashim, 12, ditemukan orang awam di dasar sungai tersebut yang dianggarkan sedalam empat meter kira-kira pukul 7.25 petang, beberapa minit selepas dia disedari hilang.

Difahamkan ketika itu azan menandakan masuk waktu solat Maghrib mulai berkumandang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tunjong, Zainal Fitri Husain berkata, ketika kejadian mangsa dikatakan mandi-manda bersama bapanya serta ahli keluarga lain.

“Selepas menyedari mangsa hanyut dan dikhuatiri lemas, bapanya meminta bantuan sekumpulan pemancing yang terus terjun ke dalam sungai untuk mencari Aina Maisarah.

“Mangsa ditemukan tenggelam di bahagian dasar sungai yang sedalam kira-kira empat meter,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini malam ini.

Menurut Zainal Fitri, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 7.20 petang sebelum tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat.

“Sebaik sahaja tiba, anggota kita mendapati mangsa telah pun dijumpai orang awam.

“Anggota bomba turut memberikan CPR (bantuan pernafasan) namun gagal kerana mangsa sudah meninggal dunia,” katanya

Tambahnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya