Maut dirempuh ketika berdiri di atas penghadang jalan - Utusan Malaysia

Maut dirempuh ketika berdiri di atas penghadang jalan

WANITA warga Indonesia maut manakala dua lagi cedera dirempuh kereta di Jalan Pasir Hor, Kota Bharu ketika mereka bertiga sedang berdiri di atas penghadang untuk melintas jalan tersebut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Wanita warga Indonesia maut manakala dua lagi cedera dirempuh kereta di Jalan Pasir Hor, di sini ketika mereka bertiga sedang berdiri di atas penghadang untuk melintas jalan tersebut pagi ini.

Dalam kejadian pukul 11.30 pagi, mangsa yang maut dikenali sebagai Lia Emani, 45, dikatakan baru pulang dari kelas mengaji al-Quran bersama rakannya, dua wanita warga emas berusia 64 dan 65 tahun .

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, sebuah kereta Proton Satria dipandu laju dari Pasir Hor ke Kubang Kerian tiba-tiba gagal dikawal lalu terbabas ke laluan bertentangan.

Katanya, ketiga-tiga mangsa yang sedang menunggu di atas penghadang untuk melintas jalan tidak sempat mengelak lalu dirempuh kereta tersebut.

“Insiden itu menyebabkan mangsa warga Indonesia tercampak ke atas jalan dan dia disahkan meninggal dunia di lokasi.

“Dua wanita warga emas terbabit pula hanya mengalami kecederaan dan kini sedang Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Terdahulu, tular dalam media sosial video yang memaparkan seorang lelaki dipercayai pemandu kereta terbabit dipukul oleh orang awam sejurus selepas kemalangan berlaku.

Mengulas lanjut, Abdul Rahim berkata, polis menahan pemandu kereta terbabit yang berusia 33 tahun selepas dia didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1A ) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, saksi kejadian, Zihan Ngoh, 53, berkata, dia melihat kereta jenis Proton Satria dipandu laju sebelum terbabas dan merempuh tiang lampu serta ketiga-tiga mangsa yang berada di atas penghadang jalan.

Katanya, akibat rempuhan kuat itu, kesemua mangsa tercampak dengan salah seorang daripada mereka terbaring kaku di atas jalan raya sebelum disahkan meninggal dunia. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya