Masih ramai yang sayang - Utusan Malaysia

Masih ramai yang sayang

TUAN KAMARUL Arief Tuan Soh mengunjungi ke kediaman wanita hamil tujuh bulan, Magdelina di Symphony Park, Jelutong, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Nasib seorang seorang wanita hamil tujuh bulan yang terpaksa mencari sisa buangan di dalam tong sampah bagi menampung kehidupan keluarganya ternyata mendapat simpati apabila tidak menang tangan menjawab lebih 20 panggilan telefon daripada orang awam.

Magdalena, 39, berkata, telefon bimbitnya tidak henti-henti berdering sejak pagi ini selepas kisah kehidupannya menyara suami, Chong Nai Fatt, 44, yang kini terlantar sakit akibat angin ahmar sejak dua bulan lalu bersama dua anaknya berusia sembilan dan tiga tahun dilaporkan media.

Cerita wanita berasal dari Medan, Indonesia itu, dia tidak menyangka ramai yang prihatin dengan nasib yang dialaminya dan mahu menyalurkan bantuan kewangan serta barangan keperluan kepadanya.

“Saya tidak henti-henti menjawab panggilan daripada orang ramai sejak pagi tadi dan ada juga yang tidak sempat dijawab disebabkan ketika itu sedang menguruskan hal suami.

“Tiada apa yang dapat dikatakan selain mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan warga Malaysia dalam menghulurkan bantuan kepada kami sekeluarga ketika saya memang memerlukannya.

“Pernah disebabkan tekanan yang dihadapi, saya membuat keputusan untuk bertindak meninggalkan keluarga buat selama-lamanya tetapi memikirkan masa depan anak-anak dan suami, saya menjadi kuat serta tabah,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Terdahulu, Magdalena menerima kunjungan Ketua Pegawai Operasi Yayasan dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Tuan Kamarul Arief Tuan Soh di kediaman milik keluarga suaminya di Symphony Park, Jelutong, di sini kira-kira pukul 3 petang hari ini.

Tuan Kamarul berkata, pihaknya menghulurkan sumbangan kewangan dan bantuan barangan keperluan makanan selepas mendapat berita mengenai nasib yang menimpa keluarga berkenaan.

“Kita juga akan melihat apa lagi bentuk bantuan yang perlu disalurkan kepada keluarga ini dan mendapatkan perkembangan mereka dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan nasib yang dialami Magdalena yang terpaksa menggeledah tong sampah pada setiap pagi bagi mencari barangan terpakai untuk menyara kehidupan keluarganya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN