Masih ada peluang di Mahkamah Rayuan, Persekutuan- Peguam Isa Samad  - Utusan Malaysia

Masih ada peluang di Mahkamah Rayuan, Persekutuan- Peguam Isa Samad 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Meskipun dijatuhi hukuman enam tahun dan denda RM15.45 juta, namun, pihak pembelaan bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad percaya masih ada peluang untuk membuktikan beliau tidak bersalah di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Peguamnya, Datuk Salehuddin Saidin berkata,  pihaknya menghormati keputusan mahkamah hari ini, namun, akan memfailkan rayuan esok bagi membawa kes ini di pihak atasan.

“Walaupun kita telah membawa saksi-saksi kes ini namun mahkamah memutuskan pihak pembelaan gagal membangkitkan keraguan munasabah.

“Kita hormati keputusan mahkamah hari ini namun kita masih ada peluang  untuk teruskan membawa kes ini di pihak atasan,” katanya ketika ditemui selepas selesai proses keputusan akhir pembelaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dekat sini semalam.

Dalam pada itu, menurut Salehuddin,  pihaknya berjaya mendapat perintah bagi menangguhkan tahanan dan denda terhadap bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu.

“Alhamdulillah Tan Sri (Mohd. Isa) boleh bergerak bebas sehingga tarikh rayuan ditetapkan nanti,” ujarnya.

Terdahulu, Mohd. Isa, 72, didapati bersalah atas sembilan pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM3.09 juta daripada Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn. Bhd. (GAPSB), Ikhwan Zaidel.

Rasuah dalam bentuk wang tunai itu diterima melalui menerusi bekas pegawai politik khas beliau, Muhammad Zahid Md. Arip, sebagai tanda terima kasih kerana membantu meluluskan pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB) pada harga RM160 juta.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara masing-masing enam tahun bagi sembilan pertuduhan dihadapi beliau menjadikannya 54 tahun penjara, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah dalam semua sembilan pertuduhan yang dihadapi tertuduh.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani tambahan hukuman penjara masing-masing dua tahun sekiranya gagal membayar denda berkenaan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya