Maqis rampas ubi kentang Jerman RM353,490 - Utusan Malaysia

Maqis rampas ubi kentang Jerman RM353,490

UBI kentang yang diimport dari Jerman seberat 126.4 tan bernilai RM353,490 ditahan Maqis di PTP, Iskandar Puteri, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menggagalkan cubaan menyeludup masuk ubi kentang import seberat 126.4 tan di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di sini semalam.

Maqis Johor dalam satu kenyataan berkata, kentang yang dibawa masuk dari Jerman itu dianggarkan bernilai RM353,490 yang ditahan ketika pemeriksaan terhadap sebuah kontena kira-kira pukul 11 pagi.

“Hasil pemeriksaan dibuat pegawai Maqis terhadap sebuah kontena mendapati sejumlah 126,400 kilogram ubi kentang dari Jerman bernilai RM353,490 itu memiliki dokumen yang mengelirukan.

“Siasatan lanjut dibuat mendapati alamat pengeksport tidak sama seperti yang diisytiharkan di dalam permit ubi kentang tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas kenyataan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) kerana melakukan pengisytiharan yang mengelirukan pihak berkuasa.

“Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

“Bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya didenda tidak melebihi RM75,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya,” jelasnya.

Sementara itu, Maqis menasihati semua pengimport dan pengeksport agar sentiasa mengikut peraturan ditetapkan kerajaan agar kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan serta jaminan keselamatan makanan terpelihara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya