Mandi kolam air panas, dua lelaki dikompaun - Utusan Malaysia

Mandi kolam air panas, dua lelaki dikompaun

DUA lelaki dikompaun kerana mandi di kolam air panas di Chengkau, Rembau, semalam.-IHSAN polis.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Tidak peka dengan larangan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dua lelaki dikompaun RM1,000 apabila mandi di sebuah kolam air panas di Chengkau, dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Rembau, Pemangku Superintenden Anuar Bakri Abdul Salam berkata, kompaun berkenaan diberikan atas kesalahan menjalankan aktiviti riadah mandi kolam air panas.

Menurutnya, kedua-dua lelaki tempatan berusia 50 dan 60 tahun itu yang merupakan peniaga dikompaun pada pukul 7 petang.

“Kedua-duanya didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pihak berkuasa dalam tempoh PKP di bawah peraturan 16(1) Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPPB) 2021.

“Kompaun di lokasi kolam air panas Chengkau ini baru pertama kali dikeluarkan dan pihak polis berharap agar orang ramai mematuhi SOP yang ditetapkan sepanjang PKP dikuatkuasakan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Sementara itu, Anuar Bakri menambah, sepanjang pelaksanaan PKP kali kedua ini, sebanyak 60 kompaun telah dikeluarkan di daerah kerana kegagalan mematuhi SOP yang ditetapkan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN