Maidam bantu bayi derita otak luar tempurung - Utusan Malaysia

Maidam bantu bayi derita otak luar tempurung

M. ROZI Bidin (kiri) menziarahi Sayyid Uwais Al-Qarni Mohd. Lekman yang menderita masalah otak di luar tempurung kepala di Kampung Batu Hampar, Manir di Kuala Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban keluarga bayi berusia 45 hari dari Kampung Batu Hampar, Manir di sini yang menderita masalah otak di luar tempurung kepala.

Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, M. Rozi Bidin berkata, bantuan yang dihulurkan itu meliputi kos perjalanan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kelantan di samping bekalan susu khas dan peralatan perubatan untuk Sayyid Uwais Al-Qarni Mohd. Lekman yang mesra dipanggil Adam.

“Mudah-mudahan bantuan ini sedikit sebanyak dapat melegakan keresahan ibu bapa dalam menampung kos pembiayaan kesihatan Sayyid Uwais Al-Qarni. Maidam akan meneliti keperluan lain dari semasa ke semasa mengikut keadaan pesakit,” katanya ketika berkunjung ke rumah keluarga bayi itu di sini hari ini.

Menurut M. Rozi, bantuan awal yang disalurkan itu adalah hasil dana zakat orang ramai kepada institusi itu.

Sementara itu ibu Sayyid Uwais Al-Qarni, Fatin Hazlin Dahlia Mazlam berterima kasih atas keprihatinan banyak pihak yang berterusan menghulurkan sumbangan buat anak ketiganya itu.

“Sejak dua tiga hari, dia mengalami muntah dan pendarahan ketika membuang air besar.

“Saya bimbang dengan keadaannya dan esok kami akan berjumpa dengan doktor pakar untuk membuat pemeriksaan lanjut,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN