Lebih banyak rumah dijangka ranap, rosak - Utusan Malaysia

Lebih banyak rumah dijangka ranap, rosak

MOHAMMAD Azmi Mohammad Yusoff (duduk) bersama anggota Jabatan Sukarelawan Rakyat (Rela) menunjukkan rekahan tanah terbaru dikesan di Kampung Pohon Chelagi di sini hari ini.-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Tiga buah rumah di Kampung Pohon Chelagi, di sini dikesan turut mengalami keretakan pada bahagian dalam, susulan runtuhan tebing Sungai Kelantan yang berlaku semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sharif berkata, kedudukan rumah yang dikesan mengalami keretakan itu terletak antara 10 hingga 20 meter dari tebing Sungai Kelantan.

“Hasil pemerhatian yang dilakukan, kita dapati pergerakan tanah di kawasan ini masih aktif.

“Oleh itu, kita telah menutup semua laluan masuk ke kawasan tersebut berkuat kuasa pagi ini,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Mohamad Roy Suhaimi dalam pada itu memberitahu, sehingga petang ini, sebanyak empat rumah sudah ranap akibat terjatuh ke kawasan cerun akibat runtuhan itu.

Katanya, polis tidak menolak kemungkinan beberapa buah rumah lagi akan runtuh berdasarkan kepada pergerakan tanah ketika ini.

Sementara itu, Penghulu Parlimen Pasir Mas,  Mohammad Azmi Mohamad Yusoff berkata, kerajaan negeri mula menyalurkan pelbagai bantuan termasuk wang tunai kepada empat keluarga yang kehilangan rumah mereka itu.

Dalam masa sama katanya, kebajikan 46 lagi keluarga yang diarahkan mengosongkan rumah tidak diabaikan apabila mereka turut menerima sumbangan kerajaan negeri bagi meringankan beban masing-masing. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya