Lebih 30,000 barisan hadapan di Pulau Pinang terima suntikan vaksin minggu depan - Utusan Malaysia

Lebih 30,000 barisan hadapan di Pulau Pinang terima suntikan vaksin minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Menerusi fasa pertama, lebih 30,000 individu terdiri daripada kumpulan barisan hadapan akan menerima suntikan vaksin Covid-19 di negeri ini bermula minggu depan.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, Pulau Pinang bakal menerima stok vaksin Covid-19 secara berperingkat dan akan ditempatkan di dua buah hospital di sini.

Menurut beliau, kerajaan negeri berharap proses itu akan berjalan lancar dengan pengagihan sama rata kepada Pulau Pinang daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang menjadi penyelaras utama program tersebut.

Jelasnya, kerajaan negeri ingin memastikan semua 1.3 juta atau 70 peratus penduduk Pulau Pinang akan menerima suntikan vaksin tersebut demi membentuk imuniti kelompok di negeri ini.

“Malah kerajaan negeri sedang menunggu maklum balas Kementerian Kesihatan berhubung cadangan sumbangan sejuta vaksin daripada pihak swasta kepada penduduk Pulau Pinang yang diterima pada bulan lalu.

“Adalah diharapkan kita memperoleh jawapan yang positif daripada kementerian itu demi kepentingan kesihatan rakyat negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kon Yeow menjelaskan, kerajaan negeri sedang meneruskan perbincangan dengan beberapa pihak berhubung pembekalan vaksin, pengurusan serta proses mempercepatkan tempoh masa suntikan kepada penduduk negeri ini berbanding yang dijadualkan Kementerian Kesihatan iaitu dalam jangka masa setahun.

Beliau memberitahu, kerajaan negeri akan meneruskan sendiri inisiatif supaya Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) Cawangan Pulau Pinang melaksanakan saringan massa (mass testing) membabitkan sektor perkilangan dan pembuatan di negeri ini.

Menurutnya, kerajaan negeri sejak awal lagi melihat keperluan pelaksanaan saringan massa itu supaya tindakan pengesanan kontak dan rawatan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Tambah beliau, ini terutama bagi sektor pembuatan, perkilangan serta pembinaan yang menjadi penyumbang utama kes-kes serta kluster di negeri ini.

“Kita akan meneruskan perbincangan dan mempercepatkan pelaksanaannya hasil usaha sama beberapa pihak swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini,” katanya.

Pulau Pinang sebelum ini memohon maklum balas Kementerian Kesihatan berhubung langkah saringan massa itu dan dimaklumkan langkah tersebut boleh dilaksanakan namun didapati kurang sesuai dalam tempoh gelombang ketiga ketika ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya