Lawatan rasmi Muhyiddin ke Indonesia perkukuh kerjasama pelbagai bidang - Utusan Malaysia

Lawatan rasmi Muhyiddin ke Indonesia perkukuh kerjasama pelbagai bidang

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin akan berangkat ke Indonesia esok yang merupakan lawatan rasmi pertama Perdana Menteri sejak dilantik Mac tahun lalu kerana mendapat jemputan khas daripada Presiden Indonesia, Joko Widodo atas dasar menghormati negara berkenaan sebagai rakan negara serumpun yang telah menjalin persahabatan akrab selama berpuluh tahun.

Kementerian Luar dalam kenyataan menjelaskan, Indonesia sentiasa menjadi destinasi pertama lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia selepas dilantik dan seperti kelaziman, tradisi yang sama juga diamalkan oleh Presiden Indonesia.

Bagaimanapun kementerian itu memberitahu, lawatan ini akan diadakan secara singkat dalam tempoh kurang 24 jam memandangkan pandemik Covid-19 di kedua-dua negara masih berlarutan.

“Joko Widodo sendiri juga telah mengarahkan agar tempat acara rasmi yang sepatutnya berlangsung di Istana Bogor di Bogor, Jawa Barat dipindahkan ke Istana Merdeka di Jakarta atas sebab kepentingan logistik Perdana Menteri Malaysia.

“Program lawatan rasmi ini juga diringkaskan. Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama beberapa orang pegawai kanan Kementerian Luar terlebih dahulu akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi sebelum lawatan rasmi Perdana Menteri bermula,” katanya.

Menurut kenyataan itu, pertemuan kedua-dua pemimpin negara akan bermula pada pagi Jumaat dan seterusnya menunaikan solat Jumaat di Masjid Baiturrahim yang berada di dalam Istana Merdeka sebelum ke Jamuan Makan Tengahari Rasmi yang akan dihoskan Presiden Indonesia.

Selepas jamuan tersebut, Perdana Menteri bersama delegasi Malaysia akan terus pulang ke tanah air dan seterusnya menjalani kuarantin wajib seperti ditetapkan Kementerian Kesihatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya