Kru kapal persiaran cemas, kapal terlanggar objek - Utusan Malaysia

Kru kapal persiaran cemas, kapal terlanggar objek

EMPAT kru kapal persiaran Epic Princess yang terselamat apabila kapal itu hampir karam selepas terlanggar objek yang tidak dikenal pasti berhampiran Pulau Lalang, Langkawi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Seramai empat kru kapal persiaran Epic Princess berdepan detik cemas apabila kapal dinaiki hampir karam selepas terlanggar objek yang tidak dikenal pasti pada kedudukan 0.3 batu nautika selatan Pulau Lalang di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, kesemua mangsa terdiri daripada kapten kapal persiaran tersebut, Nor Azman Saparin, 42, dan kru lain berusia antara 29 hingga 54 tahun.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd. Zawawi Abdullah berkata, Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi segera mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat sebaik sahaja menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, Kapal Maritim (KM) Tenggol diatur gerak bagi menyelamatkan mangsa terlibat.

“Maklumat mengenai kejadian turut disalurkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Polis Marin (PPM) dan Jabatan Laut Malaysia (JLM),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kesemua kru kapal persiaran itu berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan.

“Kapal persiaran berkenaan yang hampir karam telah ditunda ke Boustead Shipyard di sini untuk tindakan lanjut,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya