KPKT lancar Kempen 1RAPI Mac ini - Utusan Malaysia

KPKT lancar Kempen 1RAPI Mac ini

ZURAIDA Kamaruddin (tengah) memeriksa alat pemadam api disediakan pemaju perumahan ketika melakukan lawatan kerja di Taman Perumahan Rakyat Makmur, dekat Gambang, di Kuantan, Pahang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Setiap kediaman di negara ini perlu memiliki sekurang-kurangnya satu unit pemadam api sebagai persediaan awal jika berlaku kebakaran.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, kebanyakan pemilik kediaman masih tidak menyedari kepentingan menyimpan alat itu di kediaman masing-masing.

“Bagi tujuan ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan melancarkan kempen 1Rumah 1Pemadam Api (1RAPI) bulan depan.

“Objektif utama (kempen) ialah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang keperluan dan kepentingan memiliki alat pemadam api di rumah mereka sebagai langkah awal jika berlaku kebakaran,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Alat Pemadam Api di Taman Perumahan Rakyat Makmur, Gambang Jaya 2, dekat sini hari ini.

Projek itu adalah yang pertama di negara ini di mana syarikat pemaju menyediakan alat pemadam api di 161 unit rumah yang mereka bina.

Zuraida berkata, kementerian itu dalam tahun ini menyasarkan pihak pemaju semua projek perumahan baharu perlu menyediakan alat pemadam api bagi unit kediaman yang dibina mereka.

Sementara itu, mengulas tentang projek Rumah Malaysia di Pahang, beliau berkata, KPKT sudah mengenal pasti lokasi di Lanchang, Temerloh yang sesuai untuk dilaksanakan pembinaannya.

Katanya, perkara itu perlu diperhalusi terlebih dahulu dan perbincangan lanjut bersama Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail akan dilakukan dalam masa terdekat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya