KPDNHEP NS catat 68 kes kesalahan peniaga sepanjang Januari lalu - Utusan Malaysia

KPDNHEP NS catat 68 kes kesalahan peniaga sepanjang Januari lalu

ANGGOTA penguat kuasa KPDNHEP Negeri Sembilan memberikan makluman kepada pengguna di sebuah pasar raya berhubung pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2021 yang bermula semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 9 Feb.- Sebanyak 68 kes kesalahan dicatatkan susulan 4,914 pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan terhadap premis perniagaan sepanjang bulan Januari lalu.

Pengarahnya, Ain Arjuna Aziz Zaman berkata, daripada 68 kes berkenaan, ia melibatkan nilai kompaun berjumlah RM6,550 dengan nilai rampasan berjumlah RM5,659.60

“Kesemua kesalahan tersebut adalah di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, Akta Timbang dan Sukat 1972, Akta Perlindungan Pengguna 1999, Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Perihal Dagangan 2011.

“Sepanjang bulan lalu juga, pihak kami menerima 62 aduan daripada pengguna dengan 22 daripadanya adalah aduan berkaitan transaksi atas talian, 14 aduan berkaitan harga dan selebihnya berhubung perkhidmatan yang mengelirukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, pihak KPDNHEP Negeri Sembilan jelasnya dengan kekuatan seramai 105 orang anggota penguat kuasa bersama-sama 30 orang Pegawai Pemantau Harga akan meningkatkan keberadaan di tempat-tempat terpilih yang menjadi tumpuan orang ramai melalui tindakan ‘omnipresence’ sepanjang pelaksaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2021.

“Ini bertujuan mewujudkan ruang persekitaran perniagaan yang selamat dan beretika melalui kehadiran pegawai penguat kuasa.

Peniaga di negeri ini juga dinasihatkan untuk mematuhi arahan yang dikenakan dan mengamalkan sikap beretika dalam menguruskan perniagaan manakala pengguna mestilah mengetahui tanggungjawab dan menggunakan hak mereka. 

“Skim ini akan berjaya sekiranya semua pihak bertanggungjawab dan memainkan peranan masing-masing,” katanya.

Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2021 berkuat kuasa semalam sehingga 16 Februari depan yang merupakan langkah untuk menyekat kenaikan harga barangan keperluan menjelang perayaan Tahun Baru Cina.

Skim ini juga secara tidak langsung dapat menyekat kenaikan harga yang tidak munasabah semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya