Kluster Industri TTJ libatkan empat daerah di NS - Utusan Malaysia

Kluster Industri TTJ libatkan empat daerah di NS

SEBUAH kilang di Taman Perindustrian Tuanku Jaafar, Senawang, Seremban hari ini yang ditutup sehingga 9 Februari depan selepas merekodkan sebanyak 61 kes positif Covid-19 sehingga semalam.-UTUSAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kluster tempat kerja terbaharu dikesan di negeri ini iaitu Kluster Industri TTJ telah mencatatkan 61 kes positif Covid-19 yang direkodkan di empat buah daerah di negeri ini.

Mengikut maklumat yang dikongsikan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan, kes indeks bagi kluster ini iaitu kes ke-140,481 iaitu lelaki warganegara Malaysia berusia 31 tahun yang telah dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 12 Januari lalu hasil saringan individu bergejala. 

“Individu berkenaan mula bergejela 3 Januari lalu. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja kilang di Kawasan Perindustrian Taman Tuanku Jaafar, Seremban. 

“Sehingga 5 Februari, sejumlah 416 individu telah disaring di mana 61 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini,” menurut kenyataan tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan berkata, sehingga pukul 12 tengah hari tadi, terdapat 116 kes baru positif Covid-19 dilaporkan ke CPRC Jabatan Kesihatan Negeri, , sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negeri ini sebanyak 12,169 kes. 

“Daripada jumlah kumulatif tersebut, 10,960 kes telah sembuh dan discaj, 1,182 kes masih menerima rawatan di wad dan 27 kes telah meninggal dunia. Terdapat 1,269 kes aktif mengikut definisi Program Pengurangan Risiko Daerah berdasarkan jumlah kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari terakhir,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN