Ketua Balai ditahan positif dadah Methaphamine - Utusan Malaysia

Ketua Balai ditahan positif dadah Methaphamine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Tindakan beberapa anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk seorang ketua balai di Selangor berhibur di sebuah premis persendirian mengundang padah apabila seorang daripada mereka ditahan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Kelmarin.

Tangkapan tersebut dilakukan pasukan khas JIPS bersama-sama Jabatan Siasatan Narkotik, Bukit Aman hasil maklumat dan risikan diperoleh.

Justeru, Pengarah JIPS, Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya memberitahu Utusan Malaysia, satu operasi mengejut dilakukan mereka di sebuah balai di ibu negara sebelum memeriksa Ketua Balai yang bertugas serta tujuh anggota di balai yang sama.

Kata beliau, hasil pemeriksaan mendapati Ketua Balai tersebut didapati positif dadah jenis methaphethamine manakala tujuh anggota yang lain didapati negatif.

“Susulan ini, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti berapa lama dia terlibat dalam aktiviti dadah selain tindakan sewajarnya diambil seterusnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya