Ketengah sumbang bakul makanan kepada pengamal media Terengganu - Utusan Malaysia

Ketengah sumbang bakul makanan kepada pengamal media Terengganu

MOHD. Zaid Sulaiman (kanan) menyampaikan bakul makanan kepada Khairul Azlam Mohamad (kiri) di ibu pejabat Kumpulan Ketengah Holding Sdn. Bhd. (KHSB) di Dungun hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) mengagihkan bakul makanan kepada pengamal media di negeri ini yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ketengah Holding Sdn. Bhd. (KHSB), Mohd. Zaid Sulaiman berkata, pemberian sumbangan itu bagi menghargai peranan golongan tersebut sebagai barisan hadapan yang tidak didendang dalam memerangi pandemik Covid-19.

“Pengorbanan pengamal media dalam melaporkan pelbagai kes berkaitan penularan wabak melalui media cetak dan elektronik perlu dihargai semua pihak.

“Semoga sumbangan melalui skuad Ketengah Ambik Cakne ini dapat memberi motivasi untuk pengamal media agar terus menghasilkan laporan berita terbaik kepada rakyat sekali gus membantu usaha kerajaan dalam menangani penularan Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan bakul makanan kepada Presiden Kelab Wartawan Media Terengganu (Kawat), Khairul Azlam Mohamad di Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Zaid berkata, Ketengah membelanjakan sebanyak RM747,549 bagi menyediakan 2,091 bakul makanan untuk membantu masyarakat di seluruh negeri yang terkesan dengan PKP 2.0.

Katanya, sumbangan bakul makanan itu tidak terhad kepada mereka yang tinggal di kawasan pentadbiran Ketengah, malah turut melibatkan kalangan komuniti lain. -UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN