Kes positif Covid-19 turun lebih 1,000 kes, rekod 3,391 kes - Utusan Malaysia

Kes positif Covid-19 turun lebih 1,000 kes, rekod 3,391 kes

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perkembangan kes positif baharu Covid-19 turun lebih 1,000 kes berbanding semalam iaitu merekodkan 3,391 kes hari ini dengan kes sembuh pula hampir menyamai kes positif dengan 3,392 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 19 lagi kes kematian dicatatkan dengan 310 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) selain 134 perlu menfapat bantuan alat pernafasan.

“Jumlah kes positif itu menjadikan kumulatif kes sebanyak 234,874 manaka kes sembuh merekodkan 185,278 kes.

“Selangor masih mencatatkan kes tertinggi dengan 1,228 kes, diikuti Johor 598 kes, Kuala Lumpur 395 kes dan Sabah 196 kes,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN