Kes kedua varian B.1.1.7 dikesan - Utusan Malaysia

Kes kedua varian B.1.1.7 dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Satu lagi kes membabitkan kes Covid-19 varian UK B.1.1.7 atau 202012/01 mutasi protein Spike dikesan di negara ini, selepas kes pertama dilaporkan pada 9 Januari lalu.

Ketua Unit Virologi Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Dr Ravindran Thayan berkata, kes terbabit bukannya dari United Kingdom tetapi individu yang tiba dari Emiriah Arab Bersatu (UAE).

“Virus itu dikesan susulan individu terbabit yang baru pulang selepas menjalani latihan dari negara itu (UAE) selepas menjalani ujian saringan

“Semua sampel dari hasil saringan itu diambil dari pintu masuk negara malah, kita bekerjasama dengan makmal swasta untuk mengetahui mutasi varian berkenaan,” katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Libat Urus Darurat Covid-19 bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah bagi siri 2/2021 yang diadakan secara maya.

Selain Dr. Ravindran, turut menjadi panel ialah Pakar Perunding Kanan Penyakit Berjangkit Hospital Sungai Buloh Datuk, Dr. C Suresh Kumar; Pengarah Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK), Dr. Hani Mat Hussin dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Amalan Perubatan KKM, Dr. Mohamed Ahsan Mohamed Ismail.

Sementara itu, Dr. Noor Hisham, berkata ia adalah kes kedua dikesan membabitkan pesakit yang pulang dari UAE, di mana kes pertama membabitkan individu yang pulang dari United Kingdom (UK),

“Kes pertama membabitkan B.1.1.7 dilaporkan 9 Januari membabitkan pengembara pulang dari UK tetapi satu lagi kes bukan pulang dari UK sebaliknya dari Timur Tengah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr. Hani berkata, sebanyak 6,336,804 ujian Covid-19 sudah dilakukan di makmal di seluruh negara sejak wabak melanda negara ini hingga 3 Februari lalu.

“Sebanyak 4,477,839 daripadanya adalah menerusi ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR).

“Sebanyak 1,858,965 ujian lagi adalah menggunakan Kit Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag),” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya