Kes harian cecah 257, pecah rekod di Kelantan - Utusan Malaysia

Kes harian cecah 257, pecah rekod di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan merekodkan 257 kes baharu positif Covid-19 hari ini, angka tertinggi pernah direkodkan di negeri ini dengan 196 daripadanya melibatkan Kluster Tembok Bukit Besi dan Kluster Tembok Pengkalan Chepa.

Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, daripada 196 kes berasal dari ‘penjara’ itu, sebanyak 146 kes dikesan melibatkan banduan dari Kluster Tembok Bukit Besi, Dungun yang dipindahkan ke Penjara Pengkalan Chepa.

“Kluster Tembok Pengkalan Chepa pula mencatatkan sebanyak 50 kes baharu.

“Selain itu, satu kes baharu disyaki datang dari Zon Merah, Selangor,” katanya ketika dihubungi Utusan Online hari ini.

Kes positif Covid-19 menunjukkan peningkatan mendadak berbanding semalam hanya 38 kes dan kelmarin, 43 kes.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr. Izani Husin menerusi status Facebooknya berkata, Kluster Tembok Bukit Besi merupakan kluster yang dilaporkan di Terengganu sebelum ini.

“Dengan perkembangan terbaharu hari ini, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Kelantan mencatatkan angka 4,457 kes.

“Jangan leka. Covid-19 ada dalam komuniti. Terus patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan demi kebaikan bersama,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya