Kes curi telefon bimbit: Polis belum buat tangkapan - Utusan Malaysia

Kes curi telefon bimbit: Polis belum buat tangkapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Polis belum membuat tangkapan ke atas dua lelaki yang sebelum ini ditahan mencuri empat telefon bimbit milik pesakit di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, ini kerana polis perlu pastikan mereka bebas daripada Covid-19 sebelum tindakan lanjut dibuat.

“Kedua-dua lelaki tempatan tersebut telah tamat tempoh kuarantin dan baru sahaja keluar dari PKRC.

“Bagaimanapun polis telah memperoleh segala butiran maklumat suspek,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan dua lelaki disyaki mencuri empat telefon bimbit milik pesakit di PKRC MAEPS Serdang.

Ini susulan tular satu video menerusi aplikasi TikTok dipercayai dirakam pesakit yang dikuarantin menunjukkan seorang daripada suspek dibawa keluar oleh pihak polis lengkap berpakaian peralatan pelindung diri (PPE). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya