Kerajaan Kedah doakan Abdul Hadi sembuh - Utusan Malaysia

Kerajaan Kedah doakan Abdul Hadi sembuh

MUHAMMAD Sanusi (tengah) melawat 10 buah rumah yang terbakar di Jalan Seberang Kereta Api, Kampung Pegawai, Alor Setar hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah mendoakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikurniakan kesembuhan dan diberikan kesihatan untuk terus memimpin perpaduan serta penyatuan ummah di negara ini.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, beliau difahamkan kesihatan Abdul Hadi semakin stabil selepas menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Menurutnya, Abdul Hadi menerima rawatan tersebut selepas  kepenatan kerana jadual kerjanya yang padat.

“Kerajaan negeri Kedah mendoakan kesihatan  Abdul Hadi kembali pulih sedia kala untuk memimpin perpaduan dan penyatuan ummah di negara ini.

“Khidmat dan jasanya masih diperlukan oleh negara ini untuk membina masa depan dalam aspek perpaduan yang lebih utuh,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat 10 keluarga yang terlibat dalam kebakaran Jalan Seberang Kereta Api, Kampung Pegawai di sini hari ini.

Semalam, tular satu kenyataan yang mendakwa Abdul Hadi dikejarkan ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya pada pukul 7.50 malam kerana mengalami sesak nafas.

Kenyataan tersebut berkata, Presiden Pas itu bagaimanapun dihantar ke IJN untuk rawatan susulan.

Difahamkan Abdul Hadi pernah menerima rawatan dan pembedahan injap di IJN pada 2017. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya