Kelantan benarkan 20 orang hadir akad nikah - Utusan Malaysia

Kelantan benarkan 20 orang hadir akad nikah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan negeri  memberi kelonggaran membenarkan 20 individu menghadiri majlis akad nikah, berbanding tujuh orang sebelum ini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan berakhir 18 Februari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr. Izani Husin berkata, perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob hari ini.

Keputusan terbaru itu, kata beliau, akan dimaklumkan segera kepada agensi-agensi berkaitan termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) bagi mengelak kekeliruan pada masa depan.

“Sebelum ini, untuk majlis akad nikah, hanya tujuh orang dibenarkan, namun, kini dilonggarkan dengan membenarkan 20 individu membabitkan 10 orang dari pihak pengantin perempuan dan 10 lagi dari sebelah pengantin lelaki. 

“Bagaimanapun, kenduri perkahwinan masih tidak dibenarkan lagi sebagaimana yang telah kerajaan maklumkan sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Khas JKKN tersebut di Kompleks Kota Darulnaim, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Dr. Izani berkata, vaksin akan diterima Malaysia pada hujung bulan ini dijadual diberikan kepada petugas barisan hadapan terlebih dahulu.

Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk terus membiasakan diri mengamalkan norma baharu walaupun kerajaan melonggarkan beberapa syarat seperti kebenaran membuka kedai makan ketika pelaksanaan PKP kali ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya