Kek Lok Si bermandi cahaya - Utusan Malaysia

Kek Lok Si bermandi cahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Suasana di Tokong Kek Lok Si, Air Itam di sini dihujani dengan percikan bunga api dan simbahan cahaya lampu pada upacara pencahayaan malam ini.

Bezanya kali ini, ikon Pulau Pinang berusia 130 tahun itu hanya boleh disaksikan menerusi penstriman secara dalam talian berbanding tahun sebelum ini berikutan pandemik Covid-19.

Setiap tahun, hampir ribuan orang akan mengambil peluang menyaksikan upacara tersebut sempena perayaan Tahun Baharu Cina sekali gus mengambil peluang mengabadikan kenangan di pavilion dan patung Dewi Kuan Yin setinggi 33.6 meter di tokong berkenaan.

Namun, berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), orang ramai tidak dibenarkan berkumpul bagi usaha menyekat penularan wabak itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN