KASA lulus peruntukan RM100,000 elak runtuhan baharu - Utusan Malaysia

KASA lulus peruntukan RM100,000 elak runtuhan baharu

AHMAD Masrizal Muhammad (kiri) ketika melakukan tinjauan runtuhan tebing Sungai Kelantan di Kampung Pohon Chelagi, Pasir Mas hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) meluluskan peruntukan segera berjumlah RM100,000 untuk pemasangan kanvas kalis air bagi menutup kawasan runtuhan tebing Sungai Kelantan di Kampung Pohon Chelagi, di sini yang berlaku sejak Rabu lalu.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr. Ahmad Masrizal Muhammad berkata, pemasangan kanvas kalis air itu bertujuan mengekang pergerakan tanah yang lebih serius daripada berlaku di kawasan tersebut.

“Kita akan pasang segera kanvas kalis air itu dengan harapan supaya tiada pergerakan (tanah) berlaku.

“Ini akan memudahkan lagi proses kajian yang kita akan lakukan selepas ini,” katanya kepada pemberita di sini selepas turun padang meninjau runtuhan tebing yang berlaku di kawasan itu hari ini.

Hadir masa Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan Kamal Mustapha dan Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Mohammad Roy Suhaimi Sharif.

Ahmad Masrizal memberitahu, kerja-kerja menutup runtuhan itu membabitkan kawasan seluas 4,360 meter persegi.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Masrizal berkata, pasukan forensik dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah turun ke lokasi itu semalam untuk menjalankan kajian secara mendalam berkaitan runtuhan.

“Kerja-kerja baik pulih (tebing runtuhan) ini tidak boleh dilakukan secara mengejut, sebaliknya perlu berjalan dengan penuh sistematik. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya