Kambing gurun terperangkap dalam kolam diselamatkan - Utusan Malaysia

Kambing gurun terperangkap dalam kolam diselamatkan

SEEKOR kambing gurun betina diselamatkan pihak Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan selepas terperangkap di dalam kolam Kajian Perikanan Air Tawar Glami Lemi, Jelebu, semalam.-Gambar ihsan Jabatan Perhilitan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Seekor kambing gurun betina berjaya diselamatkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan setelah haiwan itu terperangkap di kolam Kajian Perikanan Air Tawar Glami Lemi, dekat sini, semalam.

Hidupan liar dilindungi itu dipercayai dipercayai tersesat dan terperangkap dalam kolam berkenaan.

Menurut jurucakap Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 8 pagi semalam.

“Seramai 12 anggota jabatan berkenaan bergegas di lokasi kejadian dan kambing gurun terbabit dapat dinaikkan.

“Kami menggunakan tali berjaring bagi menaikkan kambing berkenaan dari dalam kolam dan tahap kesihatannya baik tetapi sedikit keletihan. Tiada kecederaan pada haiwan itu,” katanya hari ini.

Kambing gurun itu menurutnya telah berjaya masuk semula ke hutan yang berhampiran.

Tambahnya, kakitangan Jabatan Perhilitan juga akan melakukan pemantauan susulan di sekitar kawasan hutan tersebut bagi memastikan kambing gurun tersebut selamat.

Sementara itu, seorang penduduk yang tinggal berdekatan, Abdullahros Mohd, 48, berkata, sejak 10 tahun kebelakangan ini, kelibat sepasang kambing gurun sering dilihat di lereng bukit berhampiran Felda Titi.

Bagaimanapun menurutnya, sejak Disember tahun lalu, haiwan berkenaan dilihat berkeliaran tanpa pasangan.

“Tidak tahu kenapa tapi saya harap semoga tiada pemburu haram menembak kambing dan pihak Jabatan Perhilitan selalu memantau lokasi ini.

“Kambing gurun ini spesis makin berkurangan, bimbang jika ditembak mati maka ia akan pupus nanti,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya