Kajian lembangan sungai utama atasi banjir - Utusan Malaysia

Kajian lembangan sungai utama atasi banjir

TUAN Ibrahim Tuan Man (tengah) melakukan lawatan di lokasi kejadian tanah runtuh di Taman Wira, Pedah di Jerantut, Pahang hari ini. UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Hasil kajian membabitkan lembangan sungai-sungai utama di seluruh negara dijangka akan diguna pakai tahun ini bagi menangani banjir yang sering melanda beberapa negeri di negara ini.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini kerana kajian berkaitan sudah dijalankan dan hanya menunggu beberapa negeri menghantar laporan kajian masing-masing.

Tegasnya, kajian kaedah konkrit itu membabitkan seluruh negeri dan hampir semua telah menyelesaikan kajian berkenaan kecuali hanya tiga negeri.

“Dapatan dan cadangan kajian itu akan dilaksanakan secara menyeluruh dan diharapkan akan diselesaikan pada tahun ini juga,” katanya kepada pemberita semasa melakukan lawatan di lokasi kejadian tanah runtuh di Taman Wira, Pedah di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Zuridan Mohd. Daud, ADUN Tahan, Mohd. Zakhwan Ahmad Badarddin dan Pegawai Daerah Jerantut, Khairun Nissa Aris.

Berhubung kejadian tanah runtuh berkenaan, Tuan Ibrahim berkata, semua aktiviti pembangunan di seluruh negara perlu mematuhi prosedur ditetapkan bagi mengatasi berlaku banjir kilat setiap kali hujan lebat atau banjir pada musim tengkujuh.

“Semua pihak perlu peka dengan prosedur pembangunan khususnya membabitkan lembangan sungai sekali gus perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) alam sekitar ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata, dalam konteks berkenaan kajian menyeluruh turut dilakukan di daerah Jerantut kerana kekerapan berlaku banjir di daerah itu mendatangkan kesulitan dan kerugian kepada rakyat.

Katanya, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM250,000 untuk membendung segera keadaan kritikal di Taman Wira supaya tidak berulang.

Beliau berkata, selain itu peruntukan RM1.5 juta turut akan dikeluarkan berdasarkan laporan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi menyelesaikan masalah di sepanjang parit besar di taman itu dan dijangka diselesaikan pada tahun ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN