Jumlah penagih B40 meningkat di Melaka  - Utusan Malaysia

Jumlah penagih B40 meningkat di Melaka 

PROGRAM Sentuhan Prihatin sempena memperingati Hari Anti Dadah Kebangsaan 2021 di Jasin, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Jumlah penagih dadah dalam kalangan berpendapatan rendah (B40) di negeri ini meningkat yang mana rekod terkini menunjukkan lebih 800 orang kena pengawasan (OKP) terdiri daripada kelompok berkenaan.

Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) negeri, Nazir Mohamad berkata, pada 2019, tangkapan yang dibuat adalah sebanyak 991 orang dan jumlah itu terus meningkat kepada 1,113 orang untuk tahun lalu. 

Beliau berkata, sehingga kini, pihaknya memantau seramai 1,657 OKP dengan lebih separuh daripada jumlah tersebut merupakan golongan B40. 

“Hasil semakan dan rekod latar belakang dilakukan, kita mendapati jumlah penagihan dari golongan B40 meningkat dengan 800 daripada 1,657 OKP adalah daripada kolompok tersebut. 

“Kebanyakan mereka mengakui mula terjebak dengan penagihan dadah, gara-gara kononnya ingin melepaskan tekanan yang dihadapi disebabkan masalah kewangan,” katanya dalam sidang akhbar sempena Program Sentuhan Prihatin di sini hari ini.

Yang turut hadir Pegawai Daerah Jasin, Datuk Anis Ali Hasan. 

Pada program tersebut, AADK Melaka bersama-sama wakil dari Pejabat Daerah dan Tanah Jasin menyampaikan sumbangan berbentuk kit makanan serta wang tunai mengikut keperluan OKP. 

Mengulas lanjut, Nazir berkata, sebanyak 76 peratus daripada jumlah OKP tersebut berusia antara 18 hingga 45 tahun. 

“Setakat ini, seramai 1,259 OKP adalah daripada golongan belia dan tiada tangkapan membabitkan remaja sekolah. 

“Selebihnya adalah mereka yang berusia 46 tahun dan ke atas termasuk warga emas,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya