Jenazah bekas pengarang Mastika selamat dikebumikan - Utusan Malaysia

Jenazah bekas pengarang Mastika selamat dikebumikan

ALLAHYARHAM Wan Hamzah Awang atau Wahba disemadikan di tanah perkuburan Bukit Legong, Kepong.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jenazah bekas Pengarang majalah Mastika, terbitan Kumpulan Utusan, Wan Hamzah@Wan Jaafar Awang atau lebih dikenali sebagai Wahba yang meninggal dunia pagi ini di Hospital Selayang pada usia 73 tahun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Lagong Taman Ehsan Kepong, dekat sini kira-kira jam 11.45 pagi tadi.

Menurut anak sulungnya Hafiz, arwah bapanya, mengidap penyakit buah pinggang sejak lapan tahun lalu dan berada dalam keadaan koma sejak Khamis lalu dan meninggal dunia pada pukul 4.30 pagi ini.

Turut menziarai jenazah Allahyarham ialah Presiden Persatuan Penulis Nasional (PENA), Dr Saleeh Rahmad dan timbalannya Dr Hanafi.

Terdahulu urusan mandi dan kafan disempurnakan di Hospital Selayang manakala solat jenazah disempurnakan di Masjid Al-Faizin.

Dalam pada itu, bekas Penolong Pengarang Mastika Sahidan Jaafar berkata , beliau sempat bekerja sepejabat dengan Wahba semasa beliau menjadi Pengarang Karya majalah bulanan sastera hasil idea Tan Sri Johan Jaaffar yang menjadi Ketua Pengarang Kumpulan Utusan awal 1997.

“Hubungan saya dan Wahba begitu erat kerana beliau seorang pengarang yang baik hati dan mudah tersenyum menyebabkan wartawan-wartawan muda tidak berasa kekok bersama beliau.

“Ketika itu Utusan Bahagian Majalah beroperasi di Taman Shamelin Perkasa,” ujarnya.

Menurut Sahidan Allhyarham menjadi Pengarang Mastika pada 1983.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN