Jangkitan kluster rentas negeri sifar - Utusan Malaysia

Jangkitan kluster rentas negeri sifar

ADHAM BABA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia buat pertama kali mencatatkan sifar kes berkenaan kluster rentas negeri semalam selepas merekodkan lebih dua bulan kes positif baharu Covid-19 berkaitan kluster itu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, ini menunjukkan keberkesanan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan penguatkuasaan lebih ketat larangan rentas negeri dalam memutuskan rantaian jangkitan wabak itu.

Menurut beliau, dalam tempoh 7 Disember tahun lalu hingga semalam, sebanyak 31 kluster rentas negeri dikesan dengan mencatatkan 4,376 kes jangkitan kerana pergerakan itu di lapan negeri.

“Semalam negara merekodkan 2,764 kes baharu (2,758 tempatan, enam import), dengan kesembuhan berjumlah 3,887 kes. Ini adalah satu penurunan yang jelas jika dibandingkan dengan 5,728 kes harian tertinggi pada 30 Januari lalu dengan 3,805 kes sembuh.

“Malah kelmarin juga tiada mencatatkan sebarang kes baharu kluster rentas negeri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya