Janda dicekup khalwat, guna alasan jaga teman lelaki demam - Utusan Malaysia

Janda dicekup khalwat, guna alasan jaga teman lelaki demam

Serbuan dilakukan sepasukan anggota penguat kuasa JHEAIK diketuai Nasir Mat Dali berdasarkan maklumat awam kira-kira pukul 11.40 malam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Wanita berstatus janda memberi alasan mahu menjaga rakan lelakinya yang demam ketika diserbu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) di Taman Wira Mergong, di sini malam semalam.

Serbuan dilakukan sepasukan anggota penguat kuasa JHEAIK diketuai Nasir Mat Dali berdasarkan maklumat awam kira-kira pukul 11.40 malam.

Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa JHEAIK, Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, serbuan menemukan seorang lelaki bukan Islam berusia 29 tahun di dalam rumah milik wanita beragama Islam berusia 31 tahun.

“Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun turut berada di dalam rumah berkenaan dipercayai anak wanita terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, ketika disoal, pasangan itu gagal menunjukkan sebarang bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.

“Lelaki tersebut hanya diambil keterangan dan tidak ditahan kerana bukan Islam.

“Wanita terbabit ditahan mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM 3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” kata beliau.

Tambah beliau, laporan polis turut dibuat bagi memaklumkan laporan tangkapan kes berkenaan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN