Jamali Shadat meninggal dunia - Utusan Malaysia

Jamali Shadat meninggal dunia

ALLAHYARHAM DATUK JAMALI SHADAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

ALIF FADLI

KUALA LUMPUR: Pelawak veteran popular, Datuk Jamali Shadat meninggal dunia kira-kira pukul 8.15 pagi tadi di kediaman anaknya di Klang.

Berita duka disahkan anaknya, Fauzi Jamali kepada Utusan Malaysia selepas khabar pemergian pelawak popular dengan watak Atan itu tular.

“Pagi tadi isteri saya mengejutkan dia untuk sarapan dan ayah sudah tidak sedarkan diri.

“Arwah meninggal ketika dalam tidur. Jenazah akan dikebumikan di Pulau Indah, Klang sebentar lagi,” katanya.

Allahyarham Jamali dilaporkan sudah mula kurang semangat apabila suri hatinya, Allahyarham Lela Yacob meninggal dunia akibat serangan angin ahmar pada Jun 2018.

Sejak itu, Allahyarham yang menetap bersama Fauzi di Klang banyak berdiam diri dan bergantung kepada lapan anak, menantu dan 39 cucu untuk menguruskan diri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya