“Jagalah kesihatan, jawablah soalan dengan tenang - PM - Utusan Malaysia

 “Jagalah kesihatan, jawablah soalan dengan tenang – PM

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dipermudahkan untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan bermula esok.

Beliau berkata, walaupun pandemik Covid-19 memberi kesan kepada pembelajaran, namun  semangat untuk berjaya dan dedikasi para guru dalam menyampaikan ilmu mampu menyuntik semangat untuk melakukan yang terbaik dalam peperiksaan ini. 

“Selamat maju jaya saya ucapkan kepada para pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM bermula esok. Saya doakan semua calon diberikan kesihatan yang baik serta dipermudahkan untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan. 

“Semoga anda semua memperoleh kejayaan dan cemerlang dalam kehidupan. 

“Kepada semua calon, jagalah kesihatan dan jawablah soalan dengan tenang. Kepada guru dan ibu bapa, semoga didikan dan doa anda semua mengiringi kejayaan pelajar-pelajar kita. Insya-Allah,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Seramai 401,105 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2020 di 3,310 pusat peperiksaan seluruh negara sehingga 25 Mac ini.

Bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan tersebut, seramai 48,014 petugas peperiksaan dilantik. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN