Jadual masa SPM 2020 sesi petang dipinda ke 2.15 petang - Utusan Malaysia

Jadual masa SPM 2020 sesi petang dipinda ke 2.15 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jadual masa bagi sesi petang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 dipinda dari pukul 2:00 petang kepada 2:15 petang berkuat kuasa Isnin ini hingga 25 Mac ini.

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (LPKPM) memaklumkan, dengan pindaan itu, waktu tamat peperiksaan juga akan dilanjutkan selama 15 minit.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, pindaan itu bertujuan memberi ruang dan keselesaan kepada calon berehat, makan dan menunaikan sembahyang sementara menunggu waktu mula peperiksaan bagi sesi petang.

“Sehubungan dengan itu, LPKPM memohon kerjasama semua pihak yang terlibat dengan peperiksaan SPM 2020 termasuk calon, ibu bapa, petugas peperiksaan, pihak sekolah, pejabat pendidikan daerah (PPD) serta jabatan
pendidikan negeri (JPN) untuk mengambil perhatian dan tindakan berkaitan.

“Pindaan ini dibuat demi kepentingan dan kebajikan calon bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya