Ibu pernah tular kini penagih dadah - Utusan Malaysia

Ibu pernah tular kini penagih dadah

WANITA yang sebelum ini tular dan mendapat simpati masyarakat antara individu yang dicekup anggota AADK dalam serbuan di Tumpat semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Kisah seorang ibu mendukung bayi sambil memimpin seorang lagi anaknya ketika menyelongkar tong sampah di sekitar Tumpat pernah tular di media sosial tahun lalu sehingga mengundang simpati masyarakat.

Tahun ini, wanita sama menarik perhatian orang ramai sekali lagi apabila dia dicekup pihak berkuasa kerana didapati positif dadah pula.

Wanita berusia 36 tahun itu positif dadah jenis Methamphetamine selepas ujian air kencing dilakukan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Tumpat dalam Op Cegah di sekitar jajahan ini semalam.

Ketua Pegawai AADK Tumpat, Siti Morni Mustafa berkata, anggotanya turut menahan adik lelaki kepada wanita itu yang juga didapati positif dadah.

“Hasil soal siasat mendapati wanita berkenaan mengaku dia telah mengambil bahan terlarang itu. Dia menyatakan kesediaan untuk dipulihkan daripada masalah ketagihan dadah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Siti Morni memberitahu, selain pasangan adik beradik itu, AADK Tumpat turut menahan dua lagi lelaki dalam operasi tersebut.

Katanya, kesemua penagih yang ditahan dalam operasi bermula pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari itu dibawa ke AADK Tumpat untuk urusan dokumentasi.

“Kita akan terus melipat gandakan operasi dalam membanteras aktiviti penagihan dadah di jajahan ini,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN