Hospital swasta akan diberi kuasa laksana HSO - Utusan Malaysia

Hospital swasta akan diberi kuasa laksana HSO

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Hospital swasta berkemungkinan akan diberi kuasa untuk mengeluarkan perintah pengawasan di rumah (HSO) kepada pesakit Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah katanya, pihaknya sedang mempertimbangkan untuk memberi kuasa kepada pihak pengamal perubatan swasta dalam usaha menyelaras pesakit Covid-19.

“Mereka sebelum ini tidak dibenarkan untuk  mengeluarkan perintah sepertimana petugas kesihatan KKM maka dengan kuasa yang diberikan nanti, ia akan membantu pihak kementerian dalam menyeleras secara bersama.

“Kita sedang mempertimbangkan untuk menurunkan kuasa kepada pengamal perubatan swasta dan apabila tamat kuarantin, mereka ini, boleh mengeluarkan arahan pelepasan serta memotong gelang pesakit,” katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Libat Urus Darurat Covid-19 bersama Ketua Pengarah Kesihatan bagi siri 2/2021 yang diadakan secara maya.

Libat urus itu turut disertai Pakar Perunding Kanan Penyakit Berjangkit Hospital Sungai Buloh, Datuk Dr C Suresh Kumar; Ketua Unit Virologi Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Dr. T Ravindran; Pengarah Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK); Dr Hani Mat Hussin dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Amalan Perubatan KKM, Dr Mohamed Ahsan Mohamed Ismail.

Dalam perkembangan lain, Dr. T Ravindran berkata, pihaknya  sedang mengkaji sampel alternatif untuk RTK-Antigen di mana kedua-dua ujian RT-PCR dan RTK-Antigen menggunakan sampel yang diambil hasil calitan pada bahagian hidung dan tekak.

“Penemuan ini bakal mengurangkan penggunaan peralatan perlindungan peribadi (PPE).

“Pemantauan kepada kes sebelum ini, mendapati sampel berkenaan sama baik dengan sampel hidung dan tekak yang digunakan ketika ini maka IMR sedang melihat untuk penggunaan sampel in bagi ujian RTK-Antigen,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN